Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan miliki kereta curi dipenjara tujuh bulan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan didakwa bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini kelmarin menerima hukuman tujuh bulan penjara atas pertuduhan memiliki kereta curi.

Tertuduh, Mohd Tajudin, 20 mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Faiz Omar atas dakwaan di bawah seksyen 414 kanun keseksaan.

Seksyen 414 ini membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.

Menurut keterangan kes, Tajudin didapati melakukan kesalahan itu pada 26 Jun lepas jam 12.10 pagi setelah menjalani pemeriksaan polis yang mengadakan rondaan pada waktu itu.

Hasil daripada pemeriksaan polis, didapati kenderaan yang digunakan oleh tertuduh adalah hak milik orang lain.

Dalam pada itu, tertuduh meminta rayuan agar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya diringankan namun pegawai pendakwa meminta Majistret agar menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang ramai.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan