Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian isteri

5:28pm 09/11/2015 Dewiana Tinggolongon 193 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

                                                                               Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian terhadap isterinya.

Ridwan Hawil, 31 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Pando Pulau Gaya pada 1 Januari sekitar jam 1.30 pagi.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu dalam satu kes berlainan seorang warga asing dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memiiki dadah berbahaya jenis syabu.

Jul Ladja, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie sebaik selesai pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu bersama beberapa anggota Polis menjalankan OPS Tapis, tertuduh ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah pada 9 Ogos lalu jam 3 petang di tepi bukit Shantung Luyang.

Tertuduh bagaimanapun bertindak cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan, namun tertuduh berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh bada beliau, didapati dalam gengaman kanan tertuduh satu paket lut sinar disyaki syabu dengan angaran kasar seberat 5.08 gram.

Setelah bungkusan berkenaan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa, hasil analisa mendapati seberat 2.89 gram syabu dalam paket tersebut.

Atas kesalahan itu tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksima sehingga RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh ditujuk ke Jabatan Imigresen seteah selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Lim Swee Beng.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan