Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan mengaku tidak bersalah miliki kenderaan curi

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan meminta dibicarakan terhadap tuduhan memiliki sebuah kenderaan curi.

Mohamad Tajudin Rome, 20, didakwa memiliki sebuah kenderaan jenis Proton Saga Iswara kepunyaan orang lain pada 26 Jun lepas di Sabindo, Kinarut.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus kemudian menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 oleh dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Hendry Is Fandiar.- oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan