Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Tempatan Mengaku tidak bersalah Maki Hamun Pegawai Polis

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di balai polis.
Sopian Danah, 27 telah berkelakuan tidak senonoh, dan mengeluarkan kata-kata lucah serta memaki hamun pegawai polis yang sedang bertugas pada 13 November, tahun ini jam 3.30 am bertempat di pejabat pertanyaan balai polis, Inanam.
Semasa kejadian tersebut, tertuduh dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan iaitu “polis makan rasuah”.
Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum dibawah seksyen 9 akta yang sama.
Dalam mitigasi,Timbalan Pendakwa Raya, Luke Ressa Balang yang merupakan peguam bela tertuduh berkata bahawa Sopian hanya bekerja sebagai penjual sayur di pasar dan memohon agar nilai jaminan yang ditawarkan adalah rendah.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengarahkan agar tertuduh dijamin sebanyak RM 2,000 berserta dua orang penjamin tempatan.
Mahkamah juga telah menetapkan 14 Disember, tahun ini untuk pengurusan kes.-Oleh Elezebeth Esther /Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan