Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan maut kemalangan di Jalan Keningau-Kimanis

12:50pm 15/09/2016 Pak Roshan 1647 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
TERJATUH ... Beginilah keadaan motosikal yang terbabas.

TERJATUH … Beginilah keadaan motosikal yang terbabas.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan penunggang motosikal maut serta merta dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di kilometer 11 Jalan Keningau-Kimanis kira-kira pukul 12 tengahari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Taong berkata, mangsa dikenali sebagai Constantine Lai Ah Ngan berumur 29 tahun berasal dari Kampung Tampasak Babagon Penampang.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati punca kejadian mangsa yang dari arah Keningau-Kimanis tiba di jalan itu, mangsa telah hilang kawalan semasa menuruni bukit lalu melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-max yang dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

Beliau berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah iaitu patah di bahagian paha kiri dan bahagian tulang rusuk.

Tambah beliau, mayat mangsa telah telah dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Kes kemalangan itu disiasat dibawah seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan