Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan ditahan, cuba seludup dadah bernilai RM65 ribu

8:28pm 06/09/2016 Leolerry Lajius 353 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana terlibat dalam kes penyeludupan ganja seberat 6,924 gram yang dianggarkan bernilai RM65,000.00.

Perbuatan lelaki berusia 21 tahun itu berjaya dipatahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan tertangkapnya saspek yang cuba menyeludup masuk dadah berkenaan di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada 4 September lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah SUPT. Mohamed Fadzil Bin A.Rahman, ujian saringan awal urin saspek juga didapati positif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil kejayaan ini membuktikan pihak polis sentiasa komited dalam usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini,”katanya.

Tambah beliau, pihak polis juga sentiasa memberi tumpuan kepada penyelesaian sindiket penyeludupan dadah melalui udara dengan menggunakan pelbagai modus operandi.

Saspek ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Syeksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Dadah yang cuba diseludup saspek.

Dadah yang cuba diseludup saspek.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan