Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan dipenjara tiga bulan akibat pukul isteri

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Akibat tindakan memukul isteri dalam keadaan mabuk dan marah, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Danny Mojunub, 53, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Mohd Faiz Omar setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 1 Ogos lalu jam 10 malam di rumah pekerja ladang penternakan di Sandakan, di mana beliau bertindak memukul Julimah Sarayo, 42 menggunakan botol mineral dan memukul bahagian belakang mangsa menggunakan wayar elektrik.

Danny yang dalam keadaan mabuk dan marah itu bertindak sedemikian ke atas isterinya yang didakwa sering cemburu dengannya.

Atas kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun meminta hukuman diringankan kerana masih mempunyai tangungan tiga orang anak yang memerlukan jagaannya, namun pegawai pendakwa meminta agar hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Pendakwaan dilakukan oleh inspektor Jakarya Jupakkal.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan