Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan dipenjara enam bulan simpan jam curi

6:19pm 19/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan menyimpan sebuah jam tangan curi milik seorang lelaki.

Mohd Azrulnizam Daut dibawa ke hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie mengaku melakukan kesalahan tersebut di kawasan Asia City pada jam 8 malam pada 15 Februari yang lalu.

Azrulnizam dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi tempoh lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar hukuman minimum dikenakan keatasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan