Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan dipenjara akibat ambil dadah dan mencuri 

2:37pm 04/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 83 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret, hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada seorang lelaki tempatan atas dua kesalahan mengambil dadah dan mencuri.
Bagi kesalahan pertama, Williearl@ Innocent Robin, 37 telah mengaku memasukkan dadah ke dalam tubuhnya pada jam 2.27 petang pada 23 November, tahun lalu.
Tertuduh telah dihukum dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta DAdah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.
Manakala, bagi kesalahan yang kedua, Williearl mengaku telah mencuri empat pasang kasut berjenama (Nike, Adidas dan Playboy) kepunyaan dua orang lelaki di sebuah rumah di Jalan Damai pada jam 5.10 pagi pada hari yang sama.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Menurut fakta kes, pengadu yang pada ketika itu sedang memandu, beliau telah ternampak tertuduh memasuki rumah jirannya. Pada masa yang sama, tetuduh juga ternampak pengadu dan menyembunyikan diri sebelum tertuduh melarikan diri. Selain iut, pengadu terlihat terdapat selonggok kasut yang ditinggalkan di hadapan rumah jirannya itu lalu pengadu mengejar tertuduh sehingga ke hujung lorong kawasan tersebut.
Dalam mitigasi, tertuduh meminta agar hukuman minima dikenakan ke atasnya kerana ini merupakan kesalahan pertama tertuduh. Disamping itu, tertuduh juga mengatakan bahawa dia perlu menanggung seorang isteri yang sedang mengandung dan seorang anak yang masih kecil.
Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan pertama dan lapan bulan bagi kesalahan yang kedua.
Mahkamah turut memerintah agar tertuduh menjalankan hukuman bagi kedua-dua kesalahan secara berasingan. Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – OIeh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan