Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan didenda miliki pasport palsu

3:06pm 29/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 96 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan telah didenda sebanyak RM 17,000 atau 17 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, kelmarin atas satu pertuduhan memiliki pasport palsu dan dua pertuduhan memiliki pasport orang lain.

Bagi pertuduhan pertama, Osman Aman, 48 mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohd Hafizi Abdul Halim yadir sebagai hakim Mahkamah Sesyen bahawa dalam milikan tertuduh terdapat tujuh naskah pasport yang mana pas lawatan sosial dalam pasport tersebut ialah palsu. Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 24 Jun, tahun lalu, pada jam lebih kurang 3 pm di sekitar kawasan Taman Bukit Keramat, Likas.

Osman didakwa dibawah Seksyen 56 (1)(i) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM 10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku telah memilik empat naskah pasport yang mana bukan miliknya, di tempat, masa, dan hari yang sama.

Pertuduhan ketiga, Osman mengaku telah memiliki empat naskah pasport yang mana pasport tersebut bukan miliknya di Jalan sungai Berbangkung, Petagas, pada jam lebih kurang 3.50 pm, pada hari yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Osman didakwa dibawah Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (1) Akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 10,00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, peguambela, Rakhbir Singh mohon agar jumlah denda minimum dikenakan, walaubagaimanapun, pihak pendakwaan mohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmal Baharuddin. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan