Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suami bunuh isteri bakal mengetahui hukuman esok

3:02pm 28/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 387 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan akan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen esok atas kesalahan menyebabkan kematian isterinya.
Tertuduh, Ridwan Hawil, 31 mengaku salah atas kesalahan menyebabkan kematian isterinya, 55 di sebuah rumah tidak bernombor, Pulau Gaya, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, pada 11 Januari, tahun ini.
Walaubagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh 29 Disember, tahun ini atas permintaan tertuduh untuk melantik peguambela bagi kes tersebut.
Atas kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara yang boleh sampai tempoh tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan