Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Tawau ketuai militan diburu ESSCOM

SANDAKAN 13 MAC 2018. Lapan daripada enam belas individu dikendaki bagi membantu siasatan kes jenayah, di Zon Selamat Timur Sabah. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM /BH]

SANDAKAN: Penduduk tempatan dari Tawau, Mohd Amin Baco, yang kini menjadi ketua militan Islam selatan Filipina, adalah di antara 16 individu, berada dalam senarai dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Turut disenaraikan ialah Dr Mahmud Ahmad, bekas pensyarah yang dilaporkan mati ditembak pihak keselamatan Filipina dalam pertempuran di Marawi City, tahun lalu.

Difahamkan, Mahmud masih berada dalam senarai dikehendaki, biarpun dilaporkan mati oleh pihak keselamatan Filipina kerana Malaysia masih memerlukan beberapa bukti lanjut berkaitan kematiannya.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata enam individu baharu dipercayai pernah terbabit melakukan jenayah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dan elemen militan dimasukkan dalam senarai terbabit.

Katanya, senarai itu yang sebahagian besarnya warga Filipina dikeluarkan pada Januari lalu, menjadikan jumlah terkini individu dikehendaki ESSCOM ialah seramai 16 orang.

Pada Oktober tahun lalu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengesahkan Mahmud yang disifatkan ‘orang kanan’ kumpulan militan yang menyokong kumpulan pengganas Daesh, terbunuh dalam pertempuran di Marawi di selatan negara jiran.

Turut disenaraikan ialah Alden Bagde dan Idang Susukan, yang disyaki bertanggungjawab memenggal kepala warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang diculik di restoran makanan laut dekat Sandakan, tiga tahun lalu.

Hazani berkata, ESSCOM turut mengenal pasti tiga kumpulan menculik untuk wang tebusan (KFR) berpangkalan di selatan Filipina, dipercayai merancang melakukan jenayah penculikan dan rompakan di ESSZONE.

“Berdasarkan ‘trend’ penculikan, bermula 2016 kumpulan KFR tidak lagi menyasar pusat peranginan di pulau dan sangkar ikan, sebaliknya kapal tunda dan nelayan.

“Susulan itu, kita mengambil pelbagai langkah bagi menangani penjenayah rentas sempadan yang menjadi ancaman utama di ESSZONE, termasuk menerusi kerjasama serantau antara Malaysia, Filipina dan Indonesia,” katanya dalam Majlis Santai bersama Media di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Ketua Staf Pusat Operasi ESSCOM, Datuk Md Rahim Mohamad; Ketua Staf Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Kamaruszaman Abu Hassan; Ketua Staf Operasi Udara ESSCOM, Datuk Abdul Razak Ahmad dan Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohamad Madun.

Dalam perkembangan berkaitan, Hazani berkata, ESSCOM dalam proses mengenal pasti lokasi sesuai bagi mewujudkan pos kawalan baharu di pulau dalam kawasan ESSZONE.

“Itu (wujudkan pos baru) harapan saya. Kita buat kajian sekarang untuk lihat semula keberkesanan pos sedia ada dan rancang bina pos baharu di tempat yang lompong, sebelum perkara ini dibawa ke jawatankuasa peringkat Persekutuan,” katanya. – BH ONLINE

SANDAKAN 13 MAC 2018. Lapan daripada enam belas individu dikendaki bagi membantu siasatan kes jenayah, di Zon Selamat Timur Sabah. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM /BH]

Komen


Berita Berkaitan