Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki taksub cipta rekod dunia

8:50am 27/05/2016 Pak Roshan 22 views Global
GUINNESS Rishi, 74, di kediamannya di New Delhi, India.

GUINNESS Rishi, 74, di kediamannya di New Delhi, India.

New Delhi: Seorang lelaki yang terlalu taksub mencatatkan nama dalam Buku Rekod Dunia Guinness mencacah 366 tatu pada badan dan mencabut semua giginya supaya dia boleh memasukkan hampir 500 straw minuman dan lebih 50 lilin di mulutnya.

Har Parkash Rishi yang mendakwa sudah mencipta 20 rekod dunia kini menggelar dirinya Guinness Rishi.

Dilahirkan di sebuah panggung wayang di New Delhi pada 1942, Rishi mencatat rekod pertamanya pada 1990 apabila dia dan dua rakan menunggang skuter selama 1,001 jam.

Keghairahan mencipta rekod dunia membuatkan Rishi melakukan pelbagai perkara pelik termasuk menghantar piza dari New Delhi ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dan meminum sebotol sos tomato dalam tempoh kurang empat minit.

Isterinya turut terbabit apabila mencipta rekod wasiat paling pendek dengan menulis “Semuanya untuk anak” pada 1991. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan