Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki sindiket dadah dicekup polis

lelaki dicekup

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan parkir di sebuah pangsapuri di Sembulan, di sini, 19 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) IPK Sabah, Superintendan Rahim Dolmat berkata serbuan jam 3 petang itu merampas 18 peket dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM180,000.

“Berdasarkan maklumat anggota polis menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut menemui satu sampul surat berisi dua peket plastik hitam disyaki syabu.

“Hasil soal siasat membawa penemuan 18 lagi peket dadah disyaki syabu di rumah sewa di pangsapuri terbabit dan anggaran rampasan bernilai RM180,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, sebentar tadi.

Beliau berkata, hasil soal siasat itu juga, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal Dua.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket pengedaran syabu yang dirampas ini dipercayai mempunyai rangkaian dengan pengedaran dadah di Semenanjung Malaysia.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman mandatori sampai mati,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan