Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki simpan pelbagai jenis senjata dalam bilik tidur ditahan

Douglas Taong memerhati senapang angin yang dirampas bersama dua bilah pedang samurai dan sebilah keris dari suspek. - foto Kalawon Sawing
Douglas Taong memerhati senapang angin yang dirampas bersama dua
bilah pedang samurai dan sebilah keris dari suspek. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki memiliki senapang angin dan didapati positif dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah Kampung Mestika, Sook, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Polis, Douglas Taong berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah suspek polis turut menjumpai sebutir peluru kenis BB warna merah, dua bilah pedang samurai dan sebilah keris yang disimpan dalam bilik tidur suspek.

“Tangkapan dan semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah di sini hari ini.

Jelasnya, suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Suspek turut disiasat mengikut  Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Sentata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan sebat dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, Douglas berkata, seorang lelaki rakyat asing berumur 36 tahun ditahan polis dalam Ops Tapis di kawasan Kilang Kosinar Batu 28, Jalan Sook – Keningau kira-kira pukul 8.40 pagi, semalam.

Katanya, suspek yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran itu ditangkap ketika cuba melarikan diri daripada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Keningau semasa menjalankan operasi di kawasan kilang tersebut.

Polis kemudian menjalankan pemeriksaan pada lelaki berkenaan dan menjumpai sebanyak tujuh peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 10.0 gram.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari tiga kali dan tidak lebih dari sembilan kali. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan