Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki RM1.73j

8:34am 29/03/2016 Pak Roshan 1045 views Global
WAJAHNYA sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

WAJAHNYA sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

London: Seorang lelaki yang menyifatkan dirinya sebagai ‘patung manusia Ken’ mengakui membelanjakan £305,000 (RM1.73 juta) untuk pembedahan plastik bagi menyerupai patung mainan kanak-kanak itu.

Rodrigo Alves, pramugara yang menetap di London berkata, perbelanjaan itu termasuk RM57,000 untuk menegangkan pinggul, RM137,000 untuk implan silikon pada dada, RM273,000 untuk membentuk perut ‘eight packs’ menggunakan lemak dan kulit tubuhnya sendiri.

Alves yang berasal dari Sao Paulo, Brazil, berkata, dia pernah melakukan 15 pembedahan dalam setahun dan tidak pernah malu dengannya.

Menurutnya, secara keseluruhan, dia sudah melakukan 42 pembedahan, tetapi tidak pernah merancang untuk dilihat seperti mainan plastik kanak-kanak itu.

Namun, kata Alves, dia kini cukup senang dengan tubuhnya seperti sekarang. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan