Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan

11:54am 01/12/2016 Pak Roshan 9587 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kemalangan

SANDAKAN : Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah bas ekspres di Jalan Batu 7, Sandakan pada awal pagi Khamis.

Pemandu tersebut yang masih belum dikenal pasti dipercayai menuju ke tempat kerja dalam insiden yang berlaku pada pukul 6.15 pagi.

Pemandu bas yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Balai Bomba Sandakan, Calvin Joe Jeafery berkata sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 pagi.

“Mangsa terperangkap di dalam kereta itu selepas rempuhan dan tidak boleh menyelamatkan diri apabila kereta tersebut terbakar,” katanya.

Bahagian hadapan bas tersebut turut terbakar dalam insiden itu.

Namun tiada penumpang di dalam bas tersebut.

Siasatan sedang dijalankan. – MSTAR ONLINE

bas terbakar rentung

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan