Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Kudat

20 sandakan kebakaran

KOTA KINABALU – Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Kinarasan Darat, Kudat pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohiddin Abdul Majid berkata mangsa dikenali sebagai Mulangsong, 56, yang ditemukan di dalam sebuah rumah berkenaan.

Beliau berkata tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 pagi.

Punca kejadian masih disiasat.

Pihak bomba menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian ekoran jalan kampung yang tidak berturap dan sempit, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan