Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki rentung dalam kebakaran di Jalan Ketiau

IMG-20160322-WA0000

PENAMPANG: Seorang lelaki rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Jalan Ketiau Kampung Tembovo, awal pagi tadi.

Mangsa Tang See Suat, 70, telah ditemui rentung di bahagian ruang tamu tingkat bawah rumah tersebut yang dipercayai terjatuh bersama runtuhan struktur rumah.

Pihak bomba telah mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 10 kilometer itu pada jam 12.31 pagi.

Menurut maklumat dari pihak bomba, setibanya di lokasi kejadian, sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 20 kaki lebar dan 30 kaki panjang telah musnah terbakar.

Pasukan Bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran, 3 pancutan 200′ dan mendapatkan sumber air dari tangki jentera.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohd Akramin bin Sakirun dengan kekuatan anggota seramai 13 orang dengan bantuan pihak polis, SESB dan unit forensik itu berjaya dikawal pada jam 1.02 pagi. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan