Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Putuskan Hubungan Kerana Teman Wanita Tak Bersolek

putuh hubungan

BEIJING – Sepasang kekasih bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum si lelaki memutuskan hubungan dan meninggalkan temannya menangis hanya kerana wanita itu tidak bersolek.

Dalam gambar yang tersebar di Weibo, semalam, saksi berkata berdasarkan pertengkaran mereka, lelaki itu berang kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek.

Wanita itu didengar menjerit: “Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai mekap?”

Lelaki itu bagaimanapun tidak menjawab, sebaliknya terus meninggalkan tempat itu.

Wanita berkenaan kemudian dilihat mencangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga menyebabkan ada yang membuat spekulasi mungkin kejadian itu sekadar satu lakonan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan