Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Pulih Meskipun Muka Ditusuk Besi Hingga Tembus

ditusuk

CHINA – Seorang pekerja di tapak pembinaan mengalami pemulihan yang menakjubkan selepas sebatang besi menembusi mukanya selepas dia terjatuh daripada tangga dalam kejadian mengejutkan yang berlaku di Yongchun.

Besi tersebut menusuk melalui rahangnya dan menembusi hidung lelaki tersebut, namun dia bernasib baik kerana tiada arteri utama yang mengalami kecederaan.

Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu terpaksa melalui proses pemotongan besi sebanyak dua kali.

besi1

Kali pertama besi itu dipotong di tapak pembinaan berkenaan oleh pihak bomba manakala kali kedua pula dilakukan di hospital.

Ketika besi itu dipotong, bomba terpaksa melakukan dengan berhati-hati selain mengambil kira darjah kepanasan besi itu akibat terkena pemotong besi elektrik.

Doktor berjaya mengeluarkan besi tersebut dan pekerja itu kini mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Komen


Berita Berkaitan