Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,698

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Perancis disyaki rancang serang Euro 2016

9:26am 08/06/2016 Pak Roshan 6 views Global
GAMBAR diedarkan pihak berkuasa Ukraine menunjukkan penahanan lelaki berkenaan pada 21 Mei lalu.

GAMBAR diedarkan pihak berkuasa Ukraine menunjukkan penahanan lelaki berkenaan pada 21 Mei lalu.

Kiev: Seorang pelampau berhaluan kanan Perancis ditangkap pihak berkuasa Ukraine kerana disyaki merancang menyerang Euro 2016.

Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan turut memiliki sejumlah besar senjata dan merancang serangan terhadap beberapa kawasan di negara asalnya, kata pasukan keselamatan Ukraine, hanya empat hari menjelang perlawanan itu bermula.

Penahanan itu turut mencetuskan lagi kebimbangan ancaman terhadap acara berkenaan di Perancis yang berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak beberapa serangan berdarah tahun lalu.

Persiapan di Perancis juga disukarkan mogok yang melumpuhkan sistem pengangkutan serta hujan lebat mengakibatkan banjir di Sungai Seine sehingga memaksa lokasi pelancongan popular termasuk Muzium Louvre ditutup.

Ketua keselamatan Ukraine Vasyl Grytsak berkata, suspek merancang meletupkan ‘masjid, kuil Yahudi, organisasi kutipan cukai, pusat pemeriksaan pengangkutan dan beberapa lokasi lain.’

Katanya, serangan berkenaan dirancang sejurus sebelum dan ketika perlawanan berlangsung.

Grytsak berkata, suspek meluahkan pandangan negatif terhadap pendekatan kerajaannya berhubung kemasukan orang luar ke Perancis, penyebaran agama Islam dan globalisasi.

Lelaki itu ditahan pada 21 Mei lalu ketika cuba memasuki Poland berhampiran bandar Yagodyn, Ukraine, dengan memiliki sejumlah besar senjata termasuk 125 kilogram TNT dan pelancar bom. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan