Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki parah disambar buaya

LOKASI kejadian seorang lelaki parah akibat diserang buaya semasa mandi di sungai dekat Kampung Popok, di kota Marudu. – Foto Ihsan Jabatan Hidupan Liar

 

 

KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah akibat diserang buaya ketika mandi di sungai dekat Kampung Popok, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Aidi Amir, 36, dikatakan mandi di sungai berikutan kampung terbabit menghadapi masalah bekalan air sebelum diserang reptilia itu menyebabkannya parah di kaki.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan laporan, mangsa bersama seorang rakannya pergi ke sungai itu untuk mandi dan ketika berada di tebing, tiba-tiba kakinya disambar buaya sebelum ditarik ke dalam sungai.

SEORANG lelaki parah akibat diserang buaya semasa mandi di sungai dekat Kampung Popok, di kota Marudu. – Foto Ihsan Jabatan Hidupan Liar

“Rakannya kemudian menarik mangsa sehingga terlepas daripada gigitan buaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Augustine berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan kejadian itu, anggota Jabatan Hidupan Liar sudah memasang pancing buaya di lokasi terbabit.

“Setakat ini, buaya itu belum ditemui dan ia adalah kejadian pertama dilaporkan kepada pihak kami membabitkan lokasi berkenaan.” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan