Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki pandu mabuk didenda RM1,000

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan didenda RM 1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol.

Kihong Elang Lumaua, 64 yang hadir di hadapan Majistret Jessica Omboun Kakayun mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di Kg Ketiau, Tombovo hadapan SK Tansau, pada jam 2.15 pagi pada 28 Mei, tahun lalu.

Kihong di hukum di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM 6,000 atau penjara yang boleh sehingga tempoh 12 bulan.

Menurut fakta kes, Kihong ditahan oleh polis trafik pada hari kejadian dan mendapati tertuduh telah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dalam mitigasi, Kihong yang tidak diwakili peguam merayu agar denda minimum dikenakan ke atasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan