Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki paling tua lulus universiti

10:54am 05/06/2016 Pak Roshan 32 views Global

beliau

Tokyo: Seorang lelaki berusia 96 tahun bersemangat untuk mencatatkan lebih banyak rekod selepas diiktiraf sebagai lulusan universiti paling tua dengan ijazah seni seramik yang diperolehnya.

Shigemi Hirata semalam menerima sijil Rekod Dunia Guinness selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda Seni daripada Universiti Seni Dan Reka Bentuk Kyoto pada Februari lalu, lapor media tempatan.

Dilahirkan di sebuah ladang di Hiroshima pada 1919, Hirata seolah-olah menjadi selebriti ketika di kampus.

“Pelajar yang saya tidak tahu nama mereka datang dan mengucapkan selamat kepada saya. Ia memberi saya tenaga,” katanya.

Hirata yang mengambil masa 11 tahun untuk menamatkan kursus seni seramik itu berkata, dia masih belum puas untuk mencatatkan rekod.

“Matlamat saya ialah hendak hidup sehingga 100 tahun. Jika kesihatan membenarkan, mungkin lebih seronok untuk saya sambung belajar,” katanya.

Lelaki itu yang mempunyai empat cicit bukan satu-satunya warga emas Jepun yang mencipta rekod.

Tahun lalu, seorang wanita menjadi orang pertama yang berusia 100 tahun untuk menamatkan renang gaya bebas sejauh 1,500 meter selepas belajar berenang ketika berusia 80 tahun,

Kebanyakan warga tua Jepun kekal aktif secara fizikal ketika orang seusia mereka memilih untuk berehat sementara menunggu mati.

Hidekichi Miyazaki yang digelar ‘Bolt Emas’ sempena atlet superstar Jamaica, Usain Bolt, juga mencipta rekod dunia tahun lalu apabila mencatatkan 42.22 saat untuk acara 100 meter bagi mereka yang berusia lebih 105 tahun.

Terdapat lebih 59,000 rakyat Jepun berusia lebih 100 tahun pada 2015.

Ini bermakna 46 daripada setiap 100,000 rakyat negara itu berumur lebih 100 tahun. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan