Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Pakistan ditahan berhubung kes pergaduhan di stesen Shell 

Gambar hanya tersebar di laman sosial internet. Kelihatan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di Stesen Minyak Shell, Jalan Kepayan. 
Gambar hanya tersebar di laman sosial internet. Kelihatan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di Stesen Minyak Shell, Jalan Kepayan.

KOTA KINABALU – Polis menahan dua peniaga warga Pakistan untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di stesen minyak Shell, Jalan Kepayan di sini kira-kira pada 15 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata kedua-dua suspek lelaki itu ditahan berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu lelaki tempatan berumur 27 tahun yang mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul oleh suspek berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah diketuai oleh Inspektor Shreethran Balan menyerbu sebuah kedai runcit di Kampung Petagas di sini kira-kira jam 1.30 pagi hari ini dan menahan kedua suspek terbabit,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berumur 23 dan 24 tahun itu direman bagi membantu siasatan  di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian jam 1.00 petang itu, pengadu yang bimbang terhadap keselamatan pengguna lain, telah menegur salah seorang suspek yang sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sambil mengisi minyak motorsikal di stesen berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Namun, beliau berkata, teguran itu telah membuatkan suspek dan rakannya tidak berpuas hati lalu berlaku pertengkaran dengan pengadu sebelum dileraikan oleh orang ramai.

“Dalam pertengkaran itu, suspek telah bertindak menumbuk pengadu sebelum meninggalkan stesen minyak itu bersama rakannya menggunakan motorsikal jenis Honda EX5,” katanya sambil menambah pengadu kemudian membuat aduan di Balai Polis Tanjung Aru.

Kejadian itu kemudian menjadi viral di laman sosial internet terutama menerusi  Facebook dan Whatsapp.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan