Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki OKU Menangis Kerana Pramugari Cantik

11:34am 14/12/2015 Pak Roshan 515 views Global

oku

Niu, 71 tahun mengesat air matanya apabila seorang pramugari muda yang cantik bernama Fan Xuesong melutut di depannya di dalam penerbangan Hainan Airlines (HU7302) dari Zhengzhou ke bandar Haikou, Hainan di selatan China.

Ini semua gara-gara sifat keprihatinan Fan Xuesong yang sudi menyuapkan makanan kepada Niu kerana dia merupakan orang kurang upaya yang tidak boleh memegang sudu untuk makan.

Niu merupakan pesara yang pernah memegang jawatan profesor perubatan ini menjadi orang kurang upaya selepas dia lumpuh separa akibat diserang strok 2 tahun lalu. Niu juga bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Tindakan Fan Xuesong bukan sahaja menyebabkan Niu menangis tetapi turut membuatkan penumpang Hainan Airlines yang lain turut terharu dengan perbuatan tersebut. -MYNEWSHUB.CC

flight-4

flight-2

flight-3

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan