Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki OKU lemas ditemui

10:57am 30/12/2015 Leolerry Lajius 153 views Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KENINGAU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang ditemui lemas dikolam awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian ini pada jam 10.00 malam seterusnya bergegas ke tempat kejadian di Kampung Jaya Baru Keningau.

Setibanya di lokasi pasukan Bomba bertindak mengumpul maklumat dan membuat dua kumpulan untuk membuat pencarian di kawasan belukar dan kolam ikan yang berhampiran.

Mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada jam 12.21 pagi di tepi kolam, dipercayai lemas dan disahkan meninggal dunia.

Mangsa seorang lelaki berumur 6 Tahun (OKU) berbangsa Dusun telah dihantar ke Hospital keningau dengan menggunakan Jentera Emrs.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan