Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki OKU lemas di loji JPS

Anggota Bomba melakukan pencarian separa selaman di kawasan mangsa dikatakan terjatuh di dalam tasik loji Jabatan Pengairan dan Saliran, Likas. – Foto ihsan Bomba

 

KOTA KINABALU: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang hilang di loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jalan Teluk Likas, di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

Mayat Sharif Zul Basil Sharif Banin, 39, ditemui pada jam 7.36 pagi oleh pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari mangsa di kawasan itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa masuk hari kedua bermula jam 7 pagi tadi.

“Ketika operasi mencari dilakukan, komander operasi melaporkan ternampak satu objek seperti kepala manusia di permukaan air sebelum disahkan ia adalah mayat mangsa yang lemas.

Anggota Bomba melakukan operasi menyelamat di kawasan mangsa dikatakan terjatuh di dalam tasik loji Jabatan Pengairan dan Saliran, Likas. – Foto ihsan Bomba

 

“Mayat ditemui kira-kira 10 meter daripada mangsa dipercayai hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudian ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik loji berkenaan ketika memukat bersama dua rakannya. – Oleh Norasikin Daineh/BH Online

Komen


Berita Berkaitan