Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki ‘naik minyak’ hanya kerana reban ayam

gambar hiasan

 

PENAMPANG: Hanya kerana terlanggar reban ayamnya, seorang lelaki ‘naik minyak’ apabila membelasah dan memukul bapa saudaranya dengan kerusi plastik dalam kejadian di Kampung Putaton, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 50-an yang cedera di mulut dan muka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati suspek dikatakan berang selepas bapa saudaranya terlanggar reban ayam miliknya dengan kereta.

“Akibat kejadian itu, suspek menumbuk muka mangsa serta memukulnya dengan menggunakan kerusi plastik.

“Mangsa yang cedera di mulut dan bengkak di bahagian muka dibawa ke HQE Kota Kinabalu untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, susulan laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa, anggota polis memberkas suspek berusia 31 tahun selepas laporan polis dibuat jam 12.28 tengah malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan