Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi simpan motosikal curi

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan menyimpan motosikal curi.

Tertuduh, Nelson Andrew, 18 didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan simpang masuk Kampung Keliangau, Menggatal pada jam lebih kurang 10.30 pagi pada 10 Februari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh 17 Mac, tahun ini bagi pengurusan kes.

Selain itu, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 beserta dua orang penjamin tempatan.

Nelson diwakili oleh peguambela Aida Jaafar, manakala, pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Juppakal.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan