Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki nafi rogol remaja perempuan

7:24pm 04/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 61 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan.

Kirin Halapin, 22 didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di kawasan semak Jalan Kg Kibabaig, Penampang, pada jam 7 malam pada 21 Januari, tahun ini.

Jika disabitkan kesalahan, Kirin boleh didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Hakim Ainul Shahrin Mohammad menetapkan tarikh 23 Februari, depan bagi pengurusan kes.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kepada tertuduh kerana tertuduh tinggal berdekatan dengan kawasan rumah mangsa.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan