Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki nafi rogol anak

4:54pm 26/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 89 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, semalam atas kesalahan merogol anak perempuannya.

Lelaki yang berusia 43 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Lorong Bakti, Kampung Contoh, Petagas, pada jam lebih kurang 1 pagi, 5 November, tahun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Hakim Ainul Mohamad Shahrin menetapkan tarikh 28 Mac depan sebagai pengurusan kes manakala tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh agar tidak berhubung dengan mana-mana saksi pihak pendakwaan.

Jika tertuduh gagal mematuhi arahan yang diberikan, mana-mana pihak polis tanpa mengira pangkat dibenarkan menangkap tertuduh dan membawanya ke mahkamah untuk ditahan reman, kata hakim tersebut. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan