Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi rogol anak tiri

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan merogol anak tirinya.

Tertuduh, 34 didakwa memperkosa anak tirinya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kg. Likas, pada jam 3 pagi, 15 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta minimum 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh 4 April depan untuk pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Abdul Fikri Jaafar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulkhairi Mat Rani. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan