Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi rogol adik ipar

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini, atas kesalahan merogol adik iparnya.

Tertuduh, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Putatan, pada jam 11.30 malam, 27 Februari yang lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan dihukum dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh 28 Mac untuk pengurusan kes setelah kes itu disebut pada hari ini untuk permohonan jaminan.

Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana bimbang tertuduh menganggu mangsa. Namun, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM 10,000 (deposit
RM5,000) beserta dua orang penjamin tempatan.

Disamping itu mahkamah turut memberi amaran kepada tertuduh agar tidak menghubungi atau mengganggu mana-mana saksi pendakwaan termasuk mangsa.

Tertuduh diwakili oleh peguam Dominic Chew Ban Huat dan Luke Ressa Balang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan