Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki nafi pertuduhan menyebabkan kecederaan

4:44pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki menggunakkan parang.
Nulhan Kalatuan, 39 didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 22 Januari lalu pada jam 9 pm di Kg Lok Bunu, Sepanggar.
Untuk kesalahan tersebut, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Indra Hj Ayub menetapkan tarikh 23 Februari depan untuk pengurusan kes dan tidak memberi sebarang jaminan kepadanya dan tertuduh akan terus ditahan di penjara.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 dan 19 Mei depan bagi perbicaraan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan