Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki nafi pertuduhan menyebabkan kecederaan, bicara pada bulan Mei depan.

6:52pm 31/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret disini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki, Disember lalu.

Tertuduh, Datu Abu Hasan Moh Ghani, 29 melakukan kesalahan tersebut dihadapan sebuah masjid di Taman Kemajuan Likas pada 21 Disember, tahun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal dihukum dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga tiga tahun atau sebatan atau denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah serta minta untuk dibicarakan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 16 dan 17 Mei hadapan untuk perbicaraan kes. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan