Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki nafi pertuduhan melakukan ugutan jenayah

5:15pm 15/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 85 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret disini, hari ini atas melakukan ugutan jenayah kepada seorang wanita.

Abdul Rahman Tinggalong Abdullah,37 menafikan pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah kepada seorang wanita dengan niat mendatangkan cemas kepada mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Gentisan Menggatal pada pukul 6.30 petang 8 Mac yang lalu.

Jika disabitkan hukuman, tertuduh akan dihukum dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 19 April untuk pengurusan kes manakala tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,500 berserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan