Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi memiliki tiga kad pengenalan orang lain.

KOTA KINABALU- Seorang lelaki bukan warganegara tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan memiliki kad pengenalan milik orang lain.

Mursid Sabdali, 30 yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus menafikan bahawa tertuduh memiliki tiga kad pengenalan atas nama [email protected] Harry Thomas yang bernombor 810816-12-6007, Mohd Sahirin Jaupi bernombor 830816-12-6021 dan Yasumoi Sunga yang bernombor 760920-12-5802.

Kesalahan tersebut dilakukan di tepi jalan hadapan Alliance Bank, Pasar Ikan Masin, Jalan Tun Fuad Stephen, pada jam lebih kurang 10.20 malam, 18 Februari lalu.

Mursidi dituduh dibawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh 30 Mac, tahun ini untuk pengurusan kes dan mengarahkan tertuduh untuk terus ditahan di penjara.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaan, Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan