Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi fakta kes, bicara pada tahun hadapan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing menafikan fakta kes di Mahkamah Sesyen, hari ini akan dibicarakan pada 24 Febuari, tahun hadapan.
Baju Wajjah, 35 telah didakwa memiliki 2.12 gram Syabu di tepi jalan , berhadapan dengan sebuah bukit, Taman Mahkota Intan, Penampang, pada 8 Oktober, tahun ini, pada jam lebih kurang 8 malam.
Baju didakwa dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh lima tahun, atau denda tidak melebihi RM 100,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Tertuduh pada mulanya telah mengaku salah atas kesalahan tersebut. Walaubagaimanapun, apabila fakta kes dibaca, tertuduh menafikan fakta kes tersebut. Justeru itu, Hakim Indra Hj Ayub  menolak pengakuan bersalah tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris.- Oleh Elezebeth Esther Onjining/Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan