Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi curi kabel

 KOTA KINABALU- Seorang ayah kepada dua orang anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan mencuri kabel tembaga.
Hasanbasri Mustakim, 35 bersama dua orang lelaki yang masih bebas telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah, Lorong Bunga Pasu, di sini pada jam 7.05 pagi, pada 3 Januari yang lepas.
Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sehingga tempoh tujuh tahun dan denda.
Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menetapkan tarikh 15 Februari depan bagi sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM 1,200 beserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan