Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi ceroboh rumah

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan ceroboh rumah.
Arman Ahmad, 31 dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Jln. Cempaka Baru, Kg. Likas, pada jam 10 malam pa 27 Disember, tahun lalu.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah telah menetapkan tarikh 3 Mac depan untuk sebutan semula kes manakala tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,000 berserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan