Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki nafi cabul kehormatan kanak-kanak perempuan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan.

Tertuduh Laurel Melbi, 32 yang dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bukit Kg Pondo, Pulau Gaya pada 27 Januari, tahun ini pada jam 8 pagi.

Laurel didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 21 Mac, tahun ini untuk pengurusan kes dan tertuduh diarahkan untuk terus di tahan sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan