Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Muslim Beri Hadiah Krismas Kepada Gelandangan

muslim-christmas-presents-1

SETIAP perayaan di seluruh dunia ini disambut bukan setakat untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta, malahan ia merupakan satu platform untuk menguatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Mungkin inilah pegangan yang dipegang oleh seorang lelaki beragama Islam, Nubaid Haroon atau lebih dikenali sebagai Rambo Vblogs, yang menetap di Kota Metropolitan, London.

Kisahnya kini menjadi viral kerana kemurnian hatinya memberikan hadiah kepada golongan-golongan gelandangan yang rata-rata berlainan agama dengannya.

muslim-christmas-presents1

Beliau berkata, “Sebagai orang yang jauh berkemampuan jika dibandingkan dengan golongan gelandangan, saya merasakan perlu untuk saya memberikan sesuatu kepada mereka di hari yang bermakna ini.”

muslim-christmas-presents

Di dalam video yang terdapat di Channel YouTube miliknya, beliau telah memberikan hadiah berupa selimut kepada beberapa orang gelandangan yang ditemuinya.

“Saya nak sebarkan kasih sayang dan ingin membuat setiap manusia merasa diri mereka dihargai, saya berasa gembira kerana dapat membuat video ini dan terus menyebarkan kesamarataan.” katanya lagi.

Diharapkan kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan kebaikan dan menyumbangkan bakti sesama manusia di atas muka bumi ini tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. – Sumber: Metro UK

Komen


Berita Berkaitan