Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Mongolia gagal rompak

9:19am 05/03/2016 Pak Roshan 6 views Global
DUA daripada perompak berkenaan yang berjaya ditangkap.

DUA daripada perompak berkenaan yang berjaya ditangkap.

Bangkok: Polis berjaya menggagalkan cubaan empat lelaki warga Mongolia yang cuba merompak sebuah kedai menjual senjata api di sini semalam.

Kejadian di kawasan Burapha itu menyebabkan semua suspek cedera ditembak polis sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap polis Jakthip Chaijinda berkata, empat penjenayah berkenaan merompak kedai senjata api itu pada jam 11 pagi (waktu tempatan) tetapi disedari dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu.

“Penjenayah berkenaan berbalas tembakan dengan anggota polis menyebabkan semua suspek cedera ditembak.

“Tiga suspek ditahan di dalam kedai menjual senjata api berkenaan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek yang melarikan diri itu berjaya ditangkap sejam kemudian selepas polis mengepung kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang suspek yang cedera meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital.

“Kami kini mengesan seorang lagi lelaki warga Mongolia yang dipercayai ketua kumpulan berkenaan.

“Kumpulan ini mahu merompak senjata api di kedai itu, tetapi kami masih belum mengetahui tujuan mereka mendapatkan senjata berkenaan,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan