Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki miliki senjata api tanpa lesen didenda

2:38pm 30/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 49 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret. disini telah mengenakan denda sebanyak RM 6,000 atau tiga bulan penjara kepada seorang lelaki tempatan, hari ini atas kesalahan memiliki senjata tanpa lesen.

Moo Lee Vun, 55 mengaku telah memiliki tiga laras senapang tanpa lesen pada 21 Julai 2009, pada jam lebih kurang 6.20 pm di sebuah kawasan lapang, di Kg Bangkahak, Penampang.

Moo dihukum dibawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh memberitahu Majistret Dzul Elmy Yunus bahawa senapang tersebut digunakan untuk memburu dan tertuduh mendapatkan senapang tersebut daripada salah seorang rakannya.

Dalam mitigasi, Moo memohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya. Selain itu, mahkamah juga memerintah agar barang kes dilupuskan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan