Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki miliki kereta curi dipenjara

KOTA KINABALU- Seorang banduan dihukum lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, ini setelah mengaku salah atas pertuduhan memiliki sebuah kereta yang dipercayai harta curi milik seorang lelaki.

Kalvin Liew Soon On, 38 telah melakukan kesalahan tersebut pada 10 September, tahun lalu, di sebuah pondok Pangsapuri Melinsung Bay, Papar, pada jam 1.40 pagi.

Bagi kesalahan tersebut, Kalvin telah dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Menurut fakta kes, mangsa telah membuat satu laporan polis pada 30 Ogos, tahun lalu, pada jam 7.50 malam yang menyatakan bahawa kereta milik ayahnya telah telah dicuri oleh suspek yang tidak dikenali di tempat letak kereta di Towering, Penampang. Pada 10 September 2015, kereta tersebut telah dijumpai di tempat kejadian. Hasil siasatan menunjukkan terdapat beberapa alat pecah rumah diletakkan dalam kereta tersebut.

Kalvin memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan minta agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan itu bukan merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Majistret Stephanie Sherron Abbie turut memerintah agar hukuman tersebut berjalan secara berasingan dengan hukuman yang dijalani oleh tertuduh sekarang.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan