Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki miliki dadah bernilai RM3.5 juta ditahan Kastam Sabah

1:13pm 25/05/2016 Leolerry Lajius 144 views Jenayah,Tempatan
Janathan (dua dari kiri) menunjukkan makanan ringan yang digunakan oleh suspek untuk menyembunyikan dadah berkenaan.

Janathan (dua dari kiri) menunjukkan makanan ringan yang digunakan oleh suspek untuk menyembunyikan dadah berkenaan.

KOTA KINABALU: Pihak Kastam Negeri Sabah menahan seorang lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 6.239 kilogram yang bernilai RM3.5 juta  pada 21 Mei lalu.

Suspek yang juga seorang warganegara berusia 34 tahun  ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 3.40 petang selepas pihak kastam mengesan kotak yang dibawa suspek mengandungi dadah.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Dr. Janathan Kandok, suspek yang menaiki penerbangan Air  Asia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu meletakkan dadah berkenaan di dalam kotak yang dilapiskan dengan teh berjenama Guan Yin Wang dan makanan ringan snek perisa ayam.

“Ketika kejadian suspek berkelakuan mencurigakan dan apabila pihak kastam membuat pemeriksaan, dadah berkenaan ditemui di dalam kotak yang dibawa suspek.”

“Kemungkinan kes ini merupakan satu sindiket dan Sabah dijadikan sebagai transit untuk menghantar dadah ke tempat lain, walaubagaimanapun hal ini masih dalam siasatan dan masih belum dipastikan sepenuhnya,”katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Janathan turut menyatakan bahawa suspek ada membawa sebuah lagi bagasi selain kotak yang mengandungi dadah namun tidak didapati mengandungi bahan terlarang.

Tambah beliau, pihak kastam juga akan memperketatkan kawalan di lapangan terbang bagi memastikan kes sama tidak berulang.

“Pihak kastam akan memperketatkan kawalan di lapangan terbang dan akan memastikan setiap individu akan diimbas tidak kira sama ada melibatkan penerbangan dari dalam atau luar negara,”katanya.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 309(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Janathan (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang cuba diseludup suspek.

Janathan (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang cuba diseludup suspek.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan