Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki miliki besi buku lima kena penjara lima tahun

mahkamah

TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan yang memiliki besi buku lima dihukum penjara lima tahun bermula dari tarikh tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohd Fariz Lamuda, 32, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus selepas mengaku salah memiliki senjata berjadual tersebut tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah papan di Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2 Jalan Apas pada 14 November 2015, jam 12.30 tengah hari.

Menurut fakta kes, besi buku lima tersebut ditemui dalam milikan tertuduh yang disimpan di dalam poket seluarnya semasa pemeriksaan badan dilakukan sepasukan polis Narkotik yang menyerbu rumahnya dalam serbuan Ops Tapis.

Mohd Fariz didakwa mengikut Seksyen 7 (1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Inspektor Zakariah Kirinu tampil sebagai pegawai pendakwa kes.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan