Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki miliki 25 ekor Tenggiling hidup ditangkap

10:42pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 223 views Jenayah,Tempatan
Tenggiling yang dimasukkan ke dalam sangkar yang dirampas dari lelaki tersebut.

Tenggiling yang dimasukkan ke dalam sangkar yang dirampas dari lelaki tersebut.

LAHAD DATU: Seorang lelaki berumur 55 tahun dari Lahad Datu telah ditangkap oleh pasukan penguatkuasa hidupan liar pejabat Lahad Datu kerana didapati memiliki 25 ekor tenggiling hidup.

Tenggiling tersebut dijumpai  dalam sebuah sangkar yang disimpan di dalam ruang penyimpan sebuah kenderaan Proton Iswara yang sedang dipandu oleh lelaki berkenaan dalam satu sekatan jalan raya rutin yang dibuat oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang dibantu oleh Warden Hidupn Liar Kehormat daripada WWF Malaysia.

Lelaki tersebut disiasat dibawah seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran. Penalti bagi kesalahan tersebut adalah denda tiga puluh ribu ringgit atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Hidupan Liar Sabah En. William Baya berkata bahawa jabatannya akan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya bagi membendung kegiatan pemburuan hidupan liar secara haram di Sabah.

“Individu yang didapati melakukan kesalahan jenayah yang melibatkan hidupan liar di negeri ini akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan,”katanya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan